Minat saya tentang filem terbaru Chow Kit telah menimbulkan
sifat ingin tahu saya bagimana jalan cerita filem ini? Siapakah yang telah
mengarahkan cerita ini? Serta adakah cerita ini boleh disamakan sahaja seperti
filem-filem Malaysia yang lain.
Grand Brilliance serta filem produksi Lightbulb Pictures telah
melakukan percubaan berani mati apabila melantik Rosihan Zain dan Brando Lee
sebagai pengarah bagi kehidupan realiti di lorong Chow Kit untuk di bawakan ke
lakon layar. Chow Kit akan membawakan dua kisah yang berbeza dan akan bersatu
pada penghujungnya, di mana setiap babak sepanjang filem tersebut mempunyai
teka-teki yang perlu diselesaikan.
Rosihan Zain akan mengarahkan bahagian pertama bagi Chow Kit di
mana akan membawa penonton untuk menyelami dengan lebih mendalam lagi tentang
kehidupan kanak-kanak yang dilahirkan serta dibesarkan di lorong tersebut.
Rosihan telah memilih untuk menumpukan kisah tentang dari satu cara ke cara
lain bagi kanak-kanak ini untuk memulakan kehidupan baru yang disifatkan jauh
lagi berbeza dengan kehidupan kanak-kanak yang lebih bernasib baik.
Seterusnya, bagi bahagian kedua pula telah diarahkan oleh Brando
Lee, seorang pengarah muda yang baru. Bagi Brando Lee, beliau telah menumpukan
pemgarahannya kepada bahagian bagi menyingkap tentang kehidupan masyarakat di
lorong tersebut yang terperangkap untuk mencari sesuap nasi, bukan sahaja untuk
membesarkan anak mereka tetapi untuk diri sendiri. Setiap babak tersebut
menceritakan setiap cabaran yang perlu mereka hadapi.
Seperti mana yang kita tahu, pelacuran, jual-beli dadah serta
kegiatan haram di lorong ini adalah salah satu adat kehidupan mereka.
Kisah-kisah gelap di lorong ini juga tidak ketinggalan untuk para pengarah
mengadaptasikannya di mana setiap babak itu akan terselitnya nilai persahabatan
dan terputuknya bibit cinta antara mereka.