April 7, 2012

REALITI KE LAKON LAYAR


Minat saya tentang filem terbaru Chow Kit telah menimbulkan sifat ingin tahu saya bagimana jalan cerita filem ini? Siapakah yang telah mengarahkan cerita ini? Serta adakah cerita ini boleh disamakan sahaja seperti filem-filem Malaysia yang lain.
                 Grand Brilliance serta filem produksi Lightbulb Pictures telah melakukan percubaan berani mati apabila melantik Rosihan Zain dan Brando Lee sebagai pengarah bagi kehidupan realiti di lorong Chow Kit untuk di bawakan ke lakon layar. Chow Kit akan membawakan dua kisah yang berbeza dan akan bersatu pada penghujungnya, di mana setiap babak sepanjang filem tersebut mempunyai teka-teki yang perlu diselesaikan.
                    Rosihan Zain akan mengarahkan bahagian pertama bagi Chow Kit di mana akan membawa penonton untuk menyelami dengan lebih mendalam lagi tentang kehidupan kanak-kanak yang dilahirkan serta dibesarkan di lorong tersebut. Rosihan telah memilih untuk menumpukan kisah tentang dari satu cara ke cara lain bagi kanak-kanak ini untuk memulakan kehidupan baru yang disifatkan jauh lagi berbeza dengan kehidupan kanak-kanak yang lebih bernasib baik.
                     Seterusnya, bagi bahagian kedua pula telah diarahkan oleh Brando Lee, seorang pengarah muda yang baru. Bagi Brando Lee, beliau telah menumpukan pemgarahannya kepada bahagian bagi menyingkap tentang kehidupan masyarakat di lorong tersebut yang terperangkap untuk mencari sesuap nasi, bukan sahaja untuk membesarkan anak mereka tetapi untuk diri sendiri. Setiap babak tersebut menceritakan setiap cabaran yang perlu mereka hadapi.
                      Seperti mana yang kita tahu, pelacuran, jual-beli dadah serta kegiatan haram di lorong ini adalah salah satu adat kehidupan mereka. Kisah-kisah gelap di lorong ini juga tidak ketinggalan untuk para pengarah mengadaptasikannya di mana setiap babak itu akan terselitnya nilai persahabatan dan terputuknya bibit cinta antara mereka.
                      Chow Kit yang akan menemui penggemar filem Negara pada 3 Mei 2012 ini mempunyai mesej tersendiri, di mana cerita ini adalah sebagai pemangkin semangat bagi Rosihan dan Brando bagi memastikan Chow Kit setanding dengan filem lain yang telah diiktiraf kualitinya di mata penonton.


Source: Google.com