October 14, 2012

Foursquare Addicted

Hye,

Waarrhhhh lg sekali bersawang dh sesawang blog aku nie.....apa aku cba ckp nie?? ok ignore jer... Just nak share apa yg aku sgt addicted 3 bulan nie...

TADAA!!

Ok Klik tuk besarkan....

Apa yang aku addictedkan??
BADGE FOURSQUARE ok!!!

Hobi nie datang mestilah dengan ada minat... Aku start minat apabila aku tgk badge cousin aku sampai "300++" and skrg dah nak dekat 400....aku sgt jeles ok...
Then hari tu cuti nak 2 bulan lebih, asyik tgk fon buka FB, Twitter, Wassap, ngan Instagram...4sq just buka tuk check in.... Hari makin hari aku check in tempat sama jer, bosan tau, lps 2 aku tgk part expertise pun mcm lambat gerak... Aku try tanya akak aku psal dia yg slalu check in d luar negara yg mna sbnarnya dia d sblah aku tyme 2....Sifu yg ajar dia suami dia ngan cousin ktaorg nie.... Lepas jer akak aku gtau cara2 dia aku ambek fon trus download apps 2!! and

My first Partner Badge
Sumber: Incik Google

 Dan2 tyme tu musim olimpik 2 ahh aku trus g London and Checkin....hahaha... Apa yg sukar buat hobi nie just masa sgt jeles, kena check in pg2 buta nak dptkn badge coz kna ikut masa sana..... Bukan tu jer, kna ada laptop yg bka google maps & fon yg tgh bka 4sq.... Know what, aku dah tau peta New York....street2 dia sgt snnt, Brooklyn lg...huuuu hjung giegie jerr... Bajet an?? hahahahe....Stakat nie suma City Badge dah settled....

Current status:
Total Badge : 222
Current Unlock Badge: Kicks Badge
Next Unlock Badge: Joggernaut Badge

Kay ahh sehingga ke lain blog....

p/s: sesapa yg nak tau apps apa kna gna, DM jer aku direct kat fb tau twitter.....nnti aku gtau....tp igt kna ada minat tau!!!!xda minat x yah ahh brangan nak unlock badge...penat weeyyy..

~AbsoFUCKINGlutely~


June 28, 2012

Satu penyesalan

Hye,

Entry nie nak crita skit coz ada org tanya aku...

"MENYESAL X STUDY KAT SNI"

warrrghhhhh tergamam x soalan nie???aku dgr trus gelak....untuk menjawab soalan dia dengan penuh ceconfident hahaah aku tnya blik mksud dia stdy kat semenanjung or fac nie??
Then dia ckp 2-2

Jawapanku:
Menipu kalau aku cakap aku tak pernah menyesal....memang kadang-kadang terdetik di sudut hati kecil nie menyesal coz apply kat sni.....tp disebabkan beberapa faktor, aku mengigihkan diri nie berjauhan dengan family aku...taulah anak bongsu pula tu...lagi-lagi kalau budak rumah or orang kat sekeliling aku balik rumah tiap mnggu...hati jeles msti ada....apa aku mampu lakukan...senyum saja..kadangkala juga tertanya kenapa x nak balik hujng minggu?? alsan yg baik aku bleh trima, tp kalo alasan "malas" mungkin aku akan tengking....hahahah... Pernahkah anda terfikir perasaan orang yg brjauhan berbulan2 bertahun2 dgn family??Pernahkah anda terfikir bahawa tiba2 kau yg tengah jauh and salah satu perhubungan kau untuk balik adalah "KAPAL TERBANG" suddenly trima phone call someone pergi x kembali?? minta simpang la kan...but just think twice la before buat satu decision 2....apa2 pun aku study kat sni becoz aku yang pilih, kat UMS ada jer, tp aku fikir why my bro & sista bleh jer 4 tahun aku 5 tahun x leh??(LAMA KOWTT)...n aku fikir InsyAllah after married mmng aku kena ikt suami pun...huhuuhuh....
(x tuju kat sesapa pun just rindu giler2 kat family skrg nie huhuuu)

Then, jawapan untuk fac:
Lagi sekali kalo aku cakap aku x menyesal memang menipu....dengan fac aku yg sebelum nie lebih sempoi and x brapa nak ketat, memang aku agak stress skrg nie berbanding dulu...Perbezaan antara dulu dgn sekarang memang berbeza.....mcm langit dgn bumi...dgn suma kwn2 aku suma still kat sna...bergumbira...aku jeles ok!!!Tapi aku try tuk x kesah la weyy, aku yg bongok sgt prgi plih nie dah knapa...nak glamer???owh tdak2....aku minat bidang2 sebegini....tp aku dh fikir sblum aku apply bnda sma ngan cuma ada menympang skit dr yg dlu....and Allah mungkin dah bagi aku jalan ke sini....mungkin takdir aku ke sni sapa tahu kan....huuhhuuh......

apa2 pun stiap apa n where it was hppnd msti ada Pros n Cons kan.....setiap ujian tu pun Allah bagi setanding dengan kebolehan kita....all the answer in ur hand.....pndai balancekn nak menangani jer.....

BTW, aku tgh final exam nie... Wish me luck aite!! and 10/7 aku balik ke tanah air...wwwoopiiiii!!!

Kay ahh sehingga ke lain blog

~AbsoFUCKINGlutely~

May 19, 2012

Keringat

Hye,

Dah lama rasanya tak update blog....mmng setiap entry kena tulis ayat nie eh??? heheh...seperti entry2 sebelum nie xda masa, x pn kadang2 malas nak taip....

Ok kembali ke agenda utama..... motif utama aku tulis entry nie utk mgatakan....

Aku
Baru
Sahaja
Berkonvo



Pada 13 May 2012... Aku telah disahkan sebagai Graduan Diploma Teknologi Kreatif (Skrin)...


Dengan peluhan keringat selama 2 tahun setengah....aku berjaya menghabiskan pengajianku...macam bajet ahh kalo org tanya course apa....aku ckp "filem"... art school....glakkk....heheh...apa lg yg best sebelum nie fakulti aku nama dia Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik....skrg di tukar kpd Fakulti Filem, Teater & Animasi... *tyme aku dah x stdy stu la bru mau mnukar hatoiiii


Nie aku pnya rakan seperjuangan..... tp nie yg datang tyme pre-konvo photoshoot jer....sbnarnya ada lg.....syg mereka semua...

Kami Berjaya mendaki bersama.....Dan yang terutama rakan serumah, sekerusi,semeja,sepinggan,sebilik, sebantal dan semua yang se2....sayang mereka kuat2....banyak pgalamn brsama mreka.... Dari kiri:  Nad2 - Jijie - Mia izara - Mysara - Yana - Ekin - Iznie - iLy ..... *nak kata aku bajet pkai shdes la 2 an2...bru beli smata2 tuk photoshoot tau...heheh

Kini aku telah melanjutkan kepada Sarjana Muda Pengajian Media (Penyiaran).... ada tersikit tersasar di situ ya....sangat kelihatan....Aku kini di induk bukan di Puncak Perdana lagi... apa2 pn Puncak! I Love you!

Dan sebelum aku akhri entry tdk lupa buat Hero & Heroin, watak utama dalam mengakhiri pengajian ini iaitu 

Tuan Hj. Mansur Abdullah & Puan Hjh, Tanwali Mohd Tahir

Dari semester 1-5.... membantu dr segi support, doa,tiket pulang balik & kewangan...hahahah sgt di hargai sehingga hujung nafas aku... setakat nie aku mampu bagi kejayaan aku nie pada mereka.... Panjang umur murah rezeki ijazah lagi aku bagi......Love my parents very much.... *tyme nie siblings aku suma xda coz drg p cari parking...sapa sruh lmbat dtg...nnti ada famly potrait...kang aku upload lg...x siap lg...heheh

~Ya Allah Ya Tuhanku, sekiranya aku tidak dapat memberi kebahagian kepada kedua orang tuaku, KAU sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangiku... AMIN~

Kay ahh sehingga ke lain blog....

~AbsoFUCKINGlutely~

April 7, 2012

REALITI KE LAKON LAYAR


Minat saya tentang filem terbaru Chow Kit telah menimbulkan sifat ingin tahu saya bagimana jalan cerita filem ini? Siapakah yang telah mengarahkan cerita ini? Serta adakah cerita ini boleh disamakan sahaja seperti filem-filem Malaysia yang lain.
                 Grand Brilliance serta filem produksi Lightbulb Pictures telah melakukan percubaan berani mati apabila melantik Rosihan Zain dan Brando Lee sebagai pengarah bagi kehidupan realiti di lorong Chow Kit untuk di bawakan ke lakon layar. Chow Kit akan membawakan dua kisah yang berbeza dan akan bersatu pada penghujungnya, di mana setiap babak sepanjang filem tersebut mempunyai teka-teki yang perlu diselesaikan.
                    Rosihan Zain akan mengarahkan bahagian pertama bagi Chow Kit di mana akan membawa penonton untuk menyelami dengan lebih mendalam lagi tentang kehidupan kanak-kanak yang dilahirkan serta dibesarkan di lorong tersebut. Rosihan telah memilih untuk menumpukan kisah tentang dari satu cara ke cara lain bagi kanak-kanak ini untuk memulakan kehidupan baru yang disifatkan jauh lagi berbeza dengan kehidupan kanak-kanak yang lebih bernasib baik.
                     Seterusnya, bagi bahagian kedua pula telah diarahkan oleh Brando Lee, seorang pengarah muda yang baru. Bagi Brando Lee, beliau telah menumpukan pemgarahannya kepada bahagian bagi menyingkap tentang kehidupan masyarakat di lorong tersebut yang terperangkap untuk mencari sesuap nasi, bukan sahaja untuk membesarkan anak mereka tetapi untuk diri sendiri. Setiap babak tersebut menceritakan setiap cabaran yang perlu mereka hadapi.
                      Seperti mana yang kita tahu, pelacuran, jual-beli dadah serta kegiatan haram di lorong ini adalah salah satu adat kehidupan mereka. Kisah-kisah gelap di lorong ini juga tidak ketinggalan untuk para pengarah mengadaptasikannya di mana setiap babak itu akan terselitnya nilai persahabatan dan terputuknya bibit cinta antara mereka.
                      Chow Kit yang akan menemui penggemar filem Negara pada 3 Mei 2012 ini mempunyai mesej tersendiri, di mana cerita ini adalah sebagai pemangkin semangat bagi Rosihan dan Brando bagi memastikan Chow Kit setanding dengan filem lain yang telah diiktiraf kualitinya di mata penonton.


Source: Google.com