May 19, 2012

Keringat

Hye,

Dah lama rasanya tak update blog....mmng setiap entry kena tulis ayat nie eh??? heheh...seperti entry2 sebelum nie xda masa, x pn kadang2 malas nak taip....

Ok kembali ke agenda utama..... motif utama aku tulis entry nie utk mgatakan....

Aku
Baru
Sahaja
Berkonvo



Pada 13 May 2012... Aku telah disahkan sebagai Graduan Diploma Teknologi Kreatif (Skrin)...


Dengan peluhan keringat selama 2 tahun setengah....aku berjaya menghabiskan pengajianku...macam bajet ahh kalo org tanya course apa....aku ckp "filem"... art school....glakkk....heheh...apa lg yg best sebelum nie fakulti aku nama dia Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik....skrg di tukar kpd Fakulti Filem, Teater & Animasi... *tyme aku dah x stdy stu la bru mau mnukar hatoiiii


Nie aku pnya rakan seperjuangan..... tp nie yg datang tyme pre-konvo photoshoot jer....sbnarnya ada lg.....syg mereka semua...

Kami Berjaya mendaki bersama.....Dan yang terutama rakan serumah, sekerusi,semeja,sepinggan,sebilik, sebantal dan semua yang se2....sayang mereka kuat2....banyak pgalamn brsama mreka.... Dari kiri:  Nad2 - Jijie - Mia izara - Mysara - Yana - Ekin - Iznie - iLy ..... *nak kata aku bajet pkai shdes la 2 an2...bru beli smata2 tuk photoshoot tau...heheh

Kini aku telah melanjutkan kepada Sarjana Muda Pengajian Media (Penyiaran).... ada tersikit tersasar di situ ya....sangat kelihatan....Aku kini di induk bukan di Puncak Perdana lagi... apa2 pn Puncak! I Love you!

Dan sebelum aku akhri entry tdk lupa buat Hero & Heroin, watak utama dalam mengakhiri pengajian ini iaitu 

Tuan Hj. Mansur Abdullah & Puan Hjh, Tanwali Mohd Tahir

Dari semester 1-5.... membantu dr segi support, doa,tiket pulang balik & kewangan...hahahah sgt di hargai sehingga hujung nafas aku... setakat nie aku mampu bagi kejayaan aku nie pada mereka.... Panjang umur murah rezeki ijazah lagi aku bagi......Love my parents very much.... *tyme nie siblings aku suma xda coz drg p cari parking...sapa sruh lmbat dtg...nnti ada famly potrait...kang aku upload lg...x siap lg...heheh

~Ya Allah Ya Tuhanku, sekiranya aku tidak dapat memberi kebahagian kepada kedua orang tuaku, KAU sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangiku... AMIN~

Kay ahh sehingga ke lain blog....

~AbsoFUCKINGlutely~

April 7, 2012

REALITI KE LAKON LAYAR


Minat saya tentang filem terbaru Chow Kit telah menimbulkan sifat ingin tahu saya bagimana jalan cerita filem ini? Siapakah yang telah mengarahkan cerita ini? Serta adakah cerita ini boleh disamakan sahaja seperti filem-filem Malaysia yang lain.
                 Grand Brilliance serta filem produksi Lightbulb Pictures telah melakukan percubaan berani mati apabila melantik Rosihan Zain dan Brando Lee sebagai pengarah bagi kehidupan realiti di lorong Chow Kit untuk di bawakan ke lakon layar. Chow Kit akan membawakan dua kisah yang berbeza dan akan bersatu pada penghujungnya, di mana setiap babak sepanjang filem tersebut mempunyai teka-teki yang perlu diselesaikan.
                    Rosihan Zain akan mengarahkan bahagian pertama bagi Chow Kit di mana akan membawa penonton untuk menyelami dengan lebih mendalam lagi tentang kehidupan kanak-kanak yang dilahirkan serta dibesarkan di lorong tersebut. Rosihan telah memilih untuk menumpukan kisah tentang dari satu cara ke cara lain bagi kanak-kanak ini untuk memulakan kehidupan baru yang disifatkan jauh lagi berbeza dengan kehidupan kanak-kanak yang lebih bernasib baik.
                     Seterusnya, bagi bahagian kedua pula telah diarahkan oleh Brando Lee, seorang pengarah muda yang baru. Bagi Brando Lee, beliau telah menumpukan pemgarahannya kepada bahagian bagi menyingkap tentang kehidupan masyarakat di lorong tersebut yang terperangkap untuk mencari sesuap nasi, bukan sahaja untuk membesarkan anak mereka tetapi untuk diri sendiri. Setiap babak tersebut menceritakan setiap cabaran yang perlu mereka hadapi.
                      Seperti mana yang kita tahu, pelacuran, jual-beli dadah serta kegiatan haram di lorong ini adalah salah satu adat kehidupan mereka. Kisah-kisah gelap di lorong ini juga tidak ketinggalan untuk para pengarah mengadaptasikannya di mana setiap babak itu akan terselitnya nilai persahabatan dan terputuknya bibit cinta antara mereka.
                      Chow Kit yang akan menemui penggemar filem Negara pada 3 Mei 2012 ini mempunyai mesej tersendiri, di mana cerita ini adalah sebagai pemangkin semangat bagi Rosihan dan Brando bagi memastikan Chow Kit setanding dengan filem lain yang telah diiktiraf kualitinya di mata penonton.


Source: Google.com